Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Seramai 52 orang pelajar kelas lanjutan atas Sekolah Membaca Al-Quran ‘Iqra’ telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil khatam kepada para pelajar kelas lanjutan 2017.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh pelajar khatam. Manakala itu, bacaan takhtim pula diketuai oleh salah seorang pelajar, Dayang Nuru Haziqah Ikramina binti Haji Matyassin dan Doa Khatam pula dibacakan oleh Awang Mohd Adib Hakem bin Haji Jamil.
Doa Selamat pula dibacakan oleh Guru Sekolah Membaca Al-Quran Iqra, Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin.
