Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    52 pelajar STAR khatam Al-Quran dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seramai 52 pelajar Tahun II Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) Sesi 2023-2024 hari ini, telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena tamat pengajian mereka.

    Majlis anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) itu berlangsung di surau Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Mariana binti Haji Jamil selaku tetamu kehormat dan seterusnya mengetuai membaca Surah Al-Fatihah.

    Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, dan acara diteruskan dengan Doa Khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Nurhidayatullah Al-Mu’min bin Awang Rosnan.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran, dan seterusnya penyampaian sijil khatam yang disempurnakan oleh tetamu khas dan penyampaian hadiah galakan pelajar terbaik.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Guru STAR Daerah Belait, Awang Muhammad Nur Asymawi bin Awang Asli.

    Majlis tersebut diadakan bagi menzahirkan rasa syukur serta meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran sempena tamat pengajian pelajar berkenaan.

    STAR mula diperkenalkan pada tahun 1997 bagi membimbing para pelajar yang berpotensi dalam bidang pembacaan Al-Quran untuk dijadikan pelapis qari dan qariah negara ke arah mendukung hasrat negara untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dan untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan dan budaya dalam kehidupan seharian.

    ATAS & BAWAH: Hajah Mariana semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar yang diraikan pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda