Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL- Seramai 52 orang telah menerima surat lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir masjid bagi sesi 2025 hingga 2027 dalam Majlis Penyampaian Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid An-Na’im, Kampung Panchor Mengkubau Sesi 2025 Hingga 2027 kelmarin,
Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri turut diadakan di masjid berkenaan.
Hadir selalu tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang menasihatkan jawatankuasa takmir masjid perlu mengaktifkan dan menghidupkan suasana masjid dengan mengadakan sembahyang, perkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan ugama Islam.
Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abd Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar; Penaung Takmir Masjid An-Na’im, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud dan Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.