Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    52 teroka peluang perniagaan

    KUCHING, 16 FEB – Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) akan membawa 52 pemilik perniagaan Singapura ke Kuching untuk pertukaran perniagaan dan budaya yang unik.

    STATOS dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu akan diadakan dari 20 hingga 24 Februari ini bertujuan mempromosikan peluang perniagaan di Sarawak dan meningkatkan persefahaman budaya antara Singapura dengan Sarawak.

    Menurutnya, pemilik perniagaan terlibat terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti industri makanan dan minuman (F&B), logistik dan pembungkusan.

    Acara itu akan memberi peluang kepada peserta untuk meneroka perniagaan di Kuching, rangkaian dengan pemilik perniagaan lain dan mempelajari tentang landskap perniagaan di Sarawak, menurut STATOS.

    “Kami telah merangka program yang menggabungkan aktiviti perniagaan dan
    kebudayaan untuk memberi peserta pengalaman menyeluruh mengenai Sarawak.

    “Kami percaya acara ini akan menjadi platform terbaik untuk pemilik perniagaan meneroka potensi untuk pelaburan dan perkongsian di Sarawak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan dalam kenyataan sama. – Bernama

    STATOS dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu akan diadakan dari 20 hingga 24 Februari ini. – Agensi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda