Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5,206 tanda larangan merokok dipasang

    KOTA KINABALU, 2 OGOS – Sebanyak 5,206 premis makanan di negeri ini telah memasang papan tanda larangan merokok daripada 5,704 premis yang diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

    Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata pemeriksaan itu dijalankan sejak pewartaan premis makanan bermula 1 Jan lepas. Katanya sebanyak 1,444 penguatkuasaan pendidikan telah dijalankan dengan 498 notis amaran dikeluarkan kepada premis makanan yang tidak memasang papan tanda dan 14 notis amaran kepada perokok yang merokok di premis makanan.

    Menurutnya dalam meningkatkan kesedaran berhubung pewartaan larangan merokok di premis makanan itu, sejumlah 262 sesi taklimat pendidikan telah dilaksanakan.

    JKNS akan meneruskan pemantauan bagi memastikan menjelang Disember 2019, 100 peratus premis makanan di negeri ini mempunyai tanda larangan merokok. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda