Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    53 guru sertai bengkel hidroponik

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 53 orang guru dari 21 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan yang terpilih telah menerima sijil penyertaan mereka pada majlis penutup bengkel hidroponik bagi program Green School Gardening fasa kelima yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE ) Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan, Wasan hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Ketua Pusat STEP, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim dan Ketua Sekolah Agroteknologi dan Sains Gunaan, Dayang Zaitunah binti Haji Kurus.

    Bengkel anjuran Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) yang bermula 6 hingga 26 Jun itu bertujuan memberikan latihan serta tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada guru-guru untuk membina sistem hidroponik dan seterusnya melaksanakan aktiviti pertanian menerusi kaedah berkenaan bagi pelajar-pelajar sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di sekolah.

    Program Green School Gardening yang mula dikendalikan sejak 2019 itu telah membekalkan sistem hidroponik kepada sekolah-sekolah kerajaan untuk memperkayakan pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta pada masa yang sama mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.

    Antara peserta yang menyertai bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...