Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    53 hadiri taklimat keselamatan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 53 orang warga Sekolah Ugama Batang Mitus Tutong terdiri daripada murid, guru-guru dan kakitangan telah mendengarkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api, baru-baru ini.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Turut hadir bagi taklimat berkenaan ialah Guru Besar Sekolah Ugama Batang Mitus, Tutong, Dayang Nur Lizana binti Haji Ramlee.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan juga menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba dan Life Saver 995 bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta cara menangani kecemasan.

    Dalam pada itu, jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Seorang murid sekolah diberikan tunjuk ajar tatacara menggunakan alat pemadam api.
    Antara guru dan pelajar sekolah yang menyertai taklimat yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi E, JBP, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda