
BARCELONA, 28 Julai – Sebuah tren penumpang merempuh hujung platform sebuah stesen ketika waktu puncak awal pagi di sini, menyebabkan 54 orang cedera, menurut perkhidmatan kecemasan.
Seorang mangsa cedera parah, 19 lain cedera termasuk pemandu manakala 34 lagi cedera ringan.
Seorang jurucakap pengendali kereta api Sepanyol, Renfe, berkata perkhidmatan tren serantau itu dalam perjalanan dari bandar Saint Vicenc de Calders, merempuh penghadang di stesen berkenaan jam 7.15 pagi.