Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    54 pain darah dikumpul semasa Hari Terbuka Perpustakaan UBD

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Sebanyak 54 pain darah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah bersempena Hari Terbuka Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dari jam 9:30 pagi hingga 3 petang yang berlangsung di Perpustakaan UBD, hari ini.

    Kempen anjuran Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan itu bermatlamat untuk memberikan peluang kepada warga UBD dan para pengunjung bagi sama-sama berbakti kepada masyarakat dan membantu menambah stok bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah.

    Kempen itu juga salah satu usaha berterusan bagi membantu meningkatkan bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara yang berada pada tahap kritikal ketika ini.

    Oleh itu, penderma darah kumpulan A,B, AB dan O adalah sangat diperlukan bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital di negara ini.

    Dalam hubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah, mereka bolehlah berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah berdekatan bermula jam 8 hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen berkenaan.

    Antara penderma yang tampil ke hadapan untuk menderma darah semasa kempen yang diadakan bersempena Hari Terbuka Perpustakaan UBD. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan sebelum pendermaan darah. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...