Tuesday, October 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    54 sertai bengkel perjelas kaedah sembahyang bagi musafir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Bengkel Kesempurnaan Sembahyang bersempena Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah yang telah diadakan di beberapa buah tempat dan bermula kelmarin akan berakhir esok, 16 Oktober.

    Bengkel yang diungkayahkan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), KHEU dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei itu telah disertai seramai 54 pegawai dan kakitangan KHEU Bahagian Il ke bawah yang mana terdiri daripada 22 orang lelaki dan 32 orang perempuan.

    Antara tujuan Bengkel diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melaksanakan sembahyang dengan betul walau di mana sahaja berada di samping mempelajari dan menghalusi tatacara berwudhu dan tatacara sembahyang ketika bermusafir sesuai dengan tema Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara iaitu “Sembahyang Tiang Ugama”.

    Bengkel kelmarin dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai pengisian bengkel dan suai kenal bersama pemudah cara bengkel dan diteruskan dengan pembentangan Kesempurnaan Wudhu bagi Orang Musafir Secara Teori dan Praktikal.

    Bengkel diteruskan dengan praktikal wudhu bagi orang musafir dan pembentangan Tatacara Sembahyang bagi Orang Musafir dari Segi Teori dan Praktikal di dalam pesawat.

    Pemudah cara kursus tersebut terdiri daripada empat pegawai dari PDI iaitu Awang Mohammad Nasyith bin Superi, dan Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin bagi peserta lelaki serta Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong dan Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kashran bagi peserta wanita.

    Suasana semasa bengkel berkenaan diadakan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda