Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    54 warga Bangladesh tiba di tanah air

    DHAKA, 22 OKT – Kumpulan pertama 54 daripada kira-kira 1,800 warga Bangladesh yang ingin melarikan diri daripada serangan udara Israel di Lubnan telah selamat tiba di tanah air kelmarin menerusi penerbangan yang disokong kerajaan.

    Kementerian Luar Bangladesh menganggarkan antara 70,000 hingga 100,000 warganya bekerja di Lubnan, kebanyakannya sebagai buruh atau pembantu rumah.

    Bagi Abul Kashem, 68 tahun, yang tinggal di ibu negara tepi laut Lubnan, Beirut selama hampir 40 tahun, dan pernah melalui pertempuran sengit semasa perang saudara, berkata, dia tidak pernah melihat keadaan perang seperti mana yang berlaku bulan lepas.

    “Segala pam bahan api tempat saya bekerja telah musnah”, katanya, selepas tiba dalam keadaan letih dengan pesawat yang disewa oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Akhbar Business Standard Bangladesh telah melaporkan lima warga Bangladesh telah mengalami kecederaan, manakala beribu-ribu lagi telah melarikan diri dari zon sempadan dengan Israel ke utara Lubnan. – AFP

    Seorang warga Bangladesh (kanan) membawa bagasi di atas troli sebaik sahaja tiba dari Lubnan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada 21 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda