Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    541 jalani pengasingan diri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Wabak COVID-19 di ne-gara ini terus terkawal apabila tiada jangkitan baharu dikesan sehingga jam 12 tengah hari ini, mengekalkan jumlah keseluruhan kepada 150 orang, dengan dua kes masih aktif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini, kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 adalah pada 6 Mei (208 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sembilan kes.

    Manakala 541 orang lagi sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan sejumlah 8,603 orang menamatkan pengasingan mandatori sejak Mac lalu.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 308 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 77,394 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda