Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    55 ahli baru belia masjid terima sijil

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 11 Feb – Seramai 55 orang ahli baru terdiri daripada 39 belia dan 16 beliawanis menyertai Kumpulan Belia Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA) Kampung Sengkarai telah menerima sijil masing-masing, kelmarin.

    Hadir menyampaikan sijil ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Kumpulan belia masjid merupakan satu kumpulan belia di bawah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diharap akan dapat melahirkan generasi harapan agama, bangsa dan negara.

    Kumpulan Belia Masjid PAHMA Kampung Sengkarai bergambar ramai bersama Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid dan ahli Takmir Masjid PAHMA, Kampung Sengkarai, kelmarin.

    Objektif majlis berkenaan adalah untuk menambahkan lagi keramaian belia dan beliawanis masjid khasnya Masjid PAHMA Kampung Sengkarai serta memberi peluang bagi para belia dan beliawanis mengikuti kegiatan takmir belia dan beliawanis masjid.

    Dengan tertubuhnya kumpulan belia masjid ini, ia diharap dapat melahirkan belia dan beliawanis mencintai masjid serta dapat melatih dan mengajar belia dan beliawanis dalam kehidupan bermasyarakat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda