BEIJING, 1 MEI – Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva ke-48 yang berlangsung selama lima hari telah melabuhkan tirainya semalam.
China mempamerkan prestasi cemerlang dengan meraih sebanyak 55 hadiah emas.
Lebih 1,000 item ciptaan dari 40 negara dan wilayah diketengahkan pada pameran itu dan sebanyak 165 item dihasilkan oleh China.
Feng Jiashu, 11, dari China menjadi pencipta termuda yang meraih emas menerusi karyanya Electronic Bird’s Nest on the Internet of Things.
Beliau turut menerima ucapan tahniah daripada Presiden Panel Juri Antarabangsa, David Taji Farouki.
Lima ciptaan dari Sinopec meraih empat emas dan satu gangsa.
Wakil pasukan pencipta ‘Teknologi penyahsulfuran penjerapan petrol S Zorb’ China yang meraih emas, Song Ye, berkata, pihaknya bersedia mempromosi teknologi pengeluaran petrol bersih itu ke negara-negara yang terlibat dengan Inisiatif ‘Jalur dan Laluan.’
Tujuh item ciptaan Institut Penyelidikan Kuasa Elektrik China pula meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa. – Bernama