Oleh Yusrin Junaidi
TUTONG, 16 DIS – Seramai 55 orang kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) menyertai Kem Survivor Kanser Kanak-kanak ke-9 anjuran YASKA dengan tajaan AIA Brunei, di Bintudoh Green Spring Resort, Lamunin.
Perkhemahan selama tiga hari dan dua malam itu juga disertai oleh para sukarelawan, mangsa kanser dan kakitangan dari Terapi Carakerja, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Majoriti peserta dan kakitangan teruja menyertai kem berkenaan selepas ditangguhkan selama dua tahun akibat wabak COVID-19.
Matlamat kem berkenaan adalah untuk berkongsi pe-ngalaman dalam kalangan mangsa yang terselamat sambil menyediakan saluran untuk meningkatkan keyakinan dan sosial mereka.
Beberapa aktiviti telah disusun sepanjang perkhemahan berlangsung, denganm beberapa wakil AIA turut serta pada hari pertama perkhemahan.
Jurupulih Pekerjaan Kanan Kementerian Kesihatan, Dayang Siti Farida Shahar berkata, bagi sebarang aktiviti YASKA, OPCT akan mengambil bahagian untuk aktiviti dan acara tersebut yang dipilih sendiri. Pengurus Besar AIA Brunei, Kenneth Ling pula mengongsikan, mereka mula-mula mengenali YASKA pada 2021 melalui Makan Malam Gala Amal Ulang Tahun Satu Tahun Jab Gym di mana mereka menderma beberapa buah buku untuk ruang membaca dan alat permainan untuk YASKA.
“Selaras dengan janji jenama kami untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan lebih baik, kami telah memutuskan untuk meneruskan inisiatif untuk menyokong YASKA setiap tahun dan pada tahun ini kami berbesar hati untuk menaja program perkhemahan kesembilan mereka,” ujarnya.
Tujuan perkhemahan adalah untuk menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pesakit kanser yang terselamat, menawarkan mereka motivasi keberanian dan kekuatan emosi, serta untuk menggalakkan pesakit kanser yang terselamat menerokai keupayaan mereka dan mencapai potensi terbaik mereka.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk membangunkan kembali kemahiran kepimpinan dan membantu mereka dalam apa jua perkara dan banyak lagi.




