Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    55 warga Progresif sertai kempen jalan kaki

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Dalam usaha untuk menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan dan tanggungjawab sosial, syarikat Progresif baru-baru ini mengadakan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.2km bermula di Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Aktiviti yang disertai seramai 55 pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan adalah sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang bertujuan untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

    Wellness Walk ini mencerminkan bahawa tiada siapa yang harus menghadapi kanser payudara seorang diri. Berjalan bersama bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara tetapi juga mempromosikan kesihatan kakitangan kami dan mendorong kepada keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang positif.

    Ini bagi memastikan tiada siapa, sama ada di tempat kerja atau dalam masyarakat secara meluas menghadapi cabaran tanpa sokongan,” kata CEO Progresif, Hajah Nurul Haniah Binti Haji Mohd Jaafar.

     “Aktiviti seperti ini juga dapat mengukuhkan ikatan pasukan, meningkatkan kreativiti, dan mencipta tempat kerja yang lebih kolaboratif dan bertenaga,” tambah beliau.

    Aktiviti ini juga akan menjadi peringatan bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan, termasuk kanser payudara, penyakit jantung, dan diabetes.

    Progresif akan sentiasa kekal komited untuk memberikan kakitangan peluang untuk mengintegrasikan kecergasan ke dalam rutin harian mereka dengan memupuk persekitaran yang mengutamakan kesejahteraan peribadi dan profesional.

    Sesi bergambar ramai sebahagian peserta acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda