Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendidikan tentera perlu dipertingkat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Dalam menghadapi cabaran-cabaran dinamik yang kian berubah, pendidikan merupakan kunci dalam memastikan bahawa pegawai-pegawai tentera mempunyai pengetahuan profesional yang luas untuk memahami dinamik sebuah persekitaran operasi kontemporari.

    Keupayaan untuk berfikir secara kritikal dan merancang secara kreatif respons yang bersesuaian akan memberikan postur yang lebih efektif ancaman-ancaman masa sebenar dan kontemporari berkenaan.

    Penekanan itu dibuat oleh Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif (gambar) dalam ucapannya pada Majlis Penutup bagi South East Asia Conference of Commandants 2023 yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB), hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa tentera global termasuk ABDB dijangka dan mesti menyediakan penyelesaian pertahanan mantap bagi menggerakkan sumber-sumber organisasi dan warganya untuk bertindak.

    Ia telah menyebabkan peningkatan fokus kepada pendidikan dan peranan penyelidikan, jelasnya beliau lagi.

    Dalam ucapannya, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal menekankan keadaan persekitaran sekuriti yang kian berkembang dan kepentingan kolaborasi bersama institut-institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada ketua-ketua universiti pertahanan atau akademi tentera yang hadir dan diakhiri dengan tayangan video dan sesi bergambar ramai.

    Persidangan dua hari oleh AP ABDB bersama Akademi Pertahanan United Kingdom itu merupakan sebuah landasan penting bagi ketua-ketua universiti pertahanan atau akademi tentera dari pelbagai negara untuk saling bertukar dialog dan amalan terbaik di samping meningkatkan kerjasama di antara negara-negara yang terlibat khususnya daripada segi pendidikan dalam kalangan institut-institut pengajian tinggi tentera.

    Antara yang hadir semasa majlis penutup kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda