LONDON, 2 APRIL – Erik ten Hag menegaskan Manchester United mesti beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim depan, berkata ‘tidak boleh adanya salah faham’ mengenai keperluan mereka untuk kembali kepada pertandingan bola sepak kelab perdana Eropah.
Bekas pengurus Ajax itu telah menyelia kepulangan yang mengagumkan selepas mengambil alih Old Trafford pada musim lalu dengan pasukan gergasi Inggeris itu berada di kedudukan lemah.
Di bawah bos Belanda, United menamatkan kemarau trofi enam tahun dengan kemenangan ke atas Newcastle, pencabar Liga Perdana mereka hari ini, dalam final Piala Liga pada bulan lalu.
Mereka bertandang ke St James’ Park hari ini di tangga ketiga dalam Liga Perdana, tiga mata di depan pencabar mereka untuk meraih tempat keempat.
“Satu perkara sudah jelas, kami perlu bermain dalam Liga Juara-Juara,” kata Ten Hag.
“Kelab seperti Manchester United perlu beraksi dalam Liga Juara-Juara, maka tidak timbulnya salah faham.”
Ketika ditanya sama ada berada dalam Liga Juara-Juara menjadikan juara Eropah tiga kali itu lebih menarik kepada penandatanganan pemain berpotensi, dia berkata,”Sudah tentunya kami lebih menarik apabila kami berada dalam Liga Juara-Juara. Kami mempunyai dua pilihan. Satu adalah Liga Perdana, menduduki empat tempat teratas, ataupun memenangi Liga Europa, jadi mereka mempunyai dua pilihan.” – AFP