Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    56 maut, kebakaran pangsapuri di Hanoi

    HANOI, 13 SEPT – Seramai 56 orang maut dalam kebakaran di sebuah blok pangsapuri di ibu negara Hanoi, Vietnam kata polis hari ini, dengan saksi-saksi melaporkan jeritan dari dalam dan seorang budak kecil tercampak dari bangunan itu.

    Kebakaran paling dahsyat di Vietnam dalam tempoh 20 tahun itu bermula sejurus sebelum tengah malam tadi di tingkat tempat letak kereta bangunan 10 tingkat itu, kawasan yang penuh dengan motosikal, kata saksi-saksi.

    “56 orang telah terbunuh dan 37 orang cedera,” kata jabatan polis Hanoi dalam satu kenyataan.

    Sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak adalah antara yang maut, lapor media kerajaan.

    Pemilik blok pangsapuri itu telah ditahan kerana disyaki melanggar peraturan pencegahan kebakaran, kata polis Hanoi.

    Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh (tengah) bercakap dengan doktor dan melawat mangsa yang terselamat dalam kebakaran blok pangsapuri di Hospital Bach Mai, Hanoi, kelmarin. – AFP
    Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dan menyelamat orang di blok pangsapuri di Hanoi, kelmarin. – AFP

    Seorang wanita yang tinggal berhampiran blok itu, yang hanya memberikan namanya sebagai Hoa, berkata “Saya mendengar banyak jeritan meminta tolong. Kami tidak dapat membantu mereka.”

    “Pangsapuri itu sangat tertutup dengan tiada laluan melarikan diri, mustahil untuk mangsa-mangsa keluar,” katanya kepada AFP di lokasi.

    Gambar-gambar oleh jurugambar AFP di tempat kejadian menunjukkan api dan asap berkepul-kepul dari balkoni-balkoni berpalang.

    Kebakaran dipadam menjelang pagi tadi tetapi penyelamat masih bergelut selama berjam-jam untuk masuk ke dalam bangunan, yang terletak di lorong sempit di kawasan perumahan di barat daya Hanoi.

    Balkoni-balkoni kecil kompleks itu dikelilingi dengan palang-palang besi, dengan blok apartmen hanya mempunyai satu pintu keluar dan tiada tangga kecemasan di bahagian luar.

    Kira-kira 150 orang tinggal di kompleks itu, kata pihak berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...