Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    56 unit alat sukatan dan timbangan didaftarkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Sebanyak 56 unit alat sukatan dan timbangan telah didaftarkan semasa Perkhidmatan Pengujian Mudah Alih ke atas alat sukatan dan timbangan yang dijalankan oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi di tiga tempat di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, perkhidmatan dilaksanakan di Pasar Gadong, Pasar Tani Selayun dan Tamu Kianggeh pada 22, 24 dan 26 Ogos lalu.

    Perkhidmatan berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif berterusan bagi menerapkan kaedah pendekatan mudah dan mesra pelanggan dalam menjaga hak pengguna.

    Ia juga sebagai usaha mempromosikan prinsip perniagaan yang telus dalam memastikan sebarang aktiviti sukat dan timbang yang bertujuan untuk perdagangan adalah mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 dan Peraturan-peraturan (Penelitian) 1994.

    Pegawai-pegawai Unit SDT semasa mengendalikan Perkhidmatan Pengujian Mudah Alih ke atas alat sukatan dan timbangan di salah satu lokasi di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...