LAHORE – Lebih 56,000 sekolah di Pakistan akan ditutup sepanjang minggu ini dalam usaha untuk membendung wabak besar-besaran virus mata yang berjangkit, kata pegawai-pegawai kelmarin. Berjuta-juta pelajar terpaksa duduk di rumah mulai hari ini selepas Punjab, wilayah yang mempunyai paling ramai penduduk di Pakistan, mengumumkan penutupan menyeluruh setelah mencatatkan 357,000 kes konjunktivitis sejak awal tahun

