Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    560kg kokain dirampas, tiga didakwa

    SYDNEY, 18 OGOS – Tiga lelaki didakwa di Australia kerana mengimport ratusan kilogram kokain ke negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pihak berkuasa hari ini.

    Polis mendakwa ketiga-tiga mereka terdiri daripada anggota sindiket jenayah rentas sempadan yang mengimport dadah terlarang itu ke Australia Barat melalui laut.

    Menurut kenyataan Polis Persekutuan Australia, siasatan bermula selepas menerima laporan risikan mengenai sebuah kapal yang mencurigakan.

    Kumpulan berkenaan didakwa membeli sebuah bot dan mengambil kokain itu selepas sebuah kapal pengangkut pukal menjatuhkannya ke laut di luar pantai Australia Barat.

    Pemeriksaan polis di sebuah kawasan terpencil, kira-kira 570 kilometer barat laut Perth, menemukan kira-kira 560kg kokain yang dibungkus dengan plastik, kata polis. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda