Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sebanyak 57 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah anjuran Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian
Kesihatan.
Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial dan aktiviti jabatan dalam usaha bersama bagi menambah bekalan darah bagi tabung darah negara.
Ia juga bertujuan bagi menggalakkan pendermaan darah melalui peningkatan kesedaran mengenai manfaatnya dan diharap akan dapat memastikan ketersediaan bekalan darah yang mencukupi di samping memupuk semangat saling membantu dalam kalangan warga JIPK bersama-sama agensi kerajaan lainnya.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P5-2A_11012024.jpg)