Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    57 pelajar ITQSHHB dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seramai 57 orang pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafaz 30 Juzuk Al-Quran dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Musolla, ITQSHHB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah.

    Ketua Bahagian Pengajian Al-Quran, ITQSHHB, Awang Mohammad Fikri bin Haji Sharbini berkata, “Menghafaz Al-Quran adalah salah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat untuk dipikul dan tanpa adanya usaha gigih, semangat kuat dan dorongan serta bimbingan dan tunjuk ajar guru-guru, ibu bapa dan rakan taulan, mungkin saja penghafaz tidak dapat meneruskan hafazan mereka”.

    Beliau seterusya mengingatkan bagi yang telah berjaya khatam supaya terus berusaha mengulangi bacaan Al-Quran dengan tekun, tingkatkan kualiti dan kuantiti murajaah dan jadikan Al-Quran sebagai teman sejati.

    Pengiran Haji Haslin mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.
    Pengiran Haji Haslin mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.
    Antara yang hadir di majlis tersebut.
    Antara yang hadir di majlis tersebut.
    Antara pelajar perempuan ITQSHHB yang diraikan di majlis tersebut.
    Antara pelajar perempuan ITQSHHB yang diraikan di majlis tersebut.

    Di majlis itu, Doa Khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi, salah seorang pelajar ITQSHHB dan diikuti dengan laungan Dikir Marhaban oleh kumpulan pelajar ITQSHHB.

    Sementara itu, Doa Kesyukuran telah dibacakan oleh Haji Abdul Rahim bin Haji Abas yang juga merupakan salah seorang pelajar institut berkenaan.

    Majlis khatam di peringkat menengah, Diploma ‘Aliyah Qiraat dan lepasan ITQSHHB itu adalah bagi meraikan kejayaan pelajar yang khatam hafaz 30 Juzuk Al-Quran selain sebagai dorongan dan motivasi untuk pelajar terus berusaha dan tidak berputus asa mengkhatamkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda