Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    58.7% lengkap 2 dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Penduduk yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan kini mencecah 81.7 peratus atau 351,496 orang setelah seramai 2,881 lagi menerima suntikan, kelmarin (28 Oktober).

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media hari ini turut mengongsikan, seramai 252,427 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 58.7 peratus daripada jumlah penduduk negara.

    “Kadar penduduk berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin COVID-19 pula, seramai 42,123 orang iaitu 97.3 peratus manakala 38,188 lagi iaitu 88.2 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19,” jelasnya.

    Sehubungan itu, kini Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan sebanyak 603,923 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua, sejak ia mula diberikan pada 3 April 2021.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu sebanyak 384,283, diikuti Daerah Belait (79,271), Daerah Tutong (70,542) dan Daerah Temburong sebanyak 69,827.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda