Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    58 pelajar khatam dirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 58 orang murid terdiri daripada 26 orang murid Sekolah Ugama Junjongan dan 32 orang murid Sekolah Panglima Barudin Limau Manis, Kawasan Brunei IV, telah menghadiri majlis khatam setelah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam Kampung Mulaut.

    Hadir selaku tetamu khas majlis adalah Ketua Unit Akademik dan Peperiksaan, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Sufri bin Amit @ Othman. Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh tetamu khas majlis dan seterusnya bacaan ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Duha sehingga Surah Al-Masad dari peserta-peserta khatam. Tetamu khas majlis seterusnya menyampaikan sijil khatam kepada peserta-peserta khatam.

    Majlis itu merupakan aktiviti tahunan sekolah bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran. Ia juga bertujuan memupuk semangat bagi murid-murid agar sentiasa mencintai dan menghayati Al-Quran dan ajaran agama Islam, melatih murid-murid agar lebih berusaha bagi mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT dan dipermudahkan dalam melakukan segala pekerjaan, selain menanamkan sifat bekerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa dan penjaga murid.

    Majlis diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan yang disampaikan oleh Haji Sufri kepada salah seorang pelajar khatam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda