Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    58 pendatang lemas bot karam

    DAKAR, SENEGAL, 5 DIS – Puluhan pendatang yang berenang di perairan Lautan Atlantik ke tempat selamat daripada sebuah bot karam sementara 58 yang lain mati lemas sedang menerima rawatan di Mauritania hari ini selepas salah satu bencana paling teruk pada tahun ini di kalangan pendatang yang memulakan perjalanan ke Eropah.

    Bot yang bertolak dari Gambia seminggu lalu telah membawa sekurang-kurangnya 150 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. Ia sedang menuju ke Pulau Canary apabila ia cuba menghampiri pantau Mauritania untuk mendapatkan minyak dan makanan, beritahu Laura Lungarotti, ketua misi di negara Afrika Barat dengan agensi penghijrahan PBB, kepada The Associated Press.

    “Ramai mati lemas. Mereka yang selamat berenang ke pantai Mauritania berhampiran bandar Nouadhibou,” kata beliau. “Pihak berkuasa Mauritania sedang menyelaras respons dengan agensi di bandar utara.”

    Sekurang-kurangnya 83 orang berenang ke pantai, kata agensi. Sejumlah mangsa cedera dibawa ke hospital di Nouadhibou.

    Masih tidak jelas sama ada sesiapa yang masih hilang.

    Mangsa yang selamat berkata bot telah bertolak dari Gambia pada 27 November. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda