WASHINGTON – Suara di telefon itu kedengaran sangat nyata – seorang ibu dari Amerika mendengar anak perempuannya menangis teresak-esak sebelum seorang lelaki mengambil alih dan menuntut wang tebusan. Tetapi gadis itu adalah klon kecerdasan buatan (AI) dan penculikan itu adalah palsu.
Pakar mengatakan bahawa bahaya terbesar AI adalah keupayaannya untuk menghapuskan sempadan antara realiti dan fiksyen, memberikan penjenayah siber teknologi yang murah dan berkesan untuk menyebarkan maklumat yang salah.
Dalam sejenis penipuan baharu yang menggemparkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), penipu menggunakan alat pengklonan suara AI yang sangat meyakinkan yang tersedia secara meluas dalam talian, untuk mencuri daripada orang ramai dengan menyamar sebagai ahli keluarga. – AFP

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran hari Isnin.

