SKOPJE, 16 MAC – Jumlah korban akibat kebakaran yang memusnahkan sebuah kelab malam di North Macedonia telah meningkat kepada 59 orang, menurut Menteri Dalam Negeri negara itu hari ini.
Menteri Dalam Negeri Pance Toskovski mengesahkan bahawa 35 mangsa telah dikenal pasti, manakala empat individu telah dikenakan waran tangkap berkaitan insiden tersebut.
“Menurut maklumat yang kami terima, terdapat 59 kematian, dengan 35 telah dikenal pasti,” kata Toskovski di lokasi kejadian di Kocani, bandar timur di mana konsert berlangsung.
Siasatan awal mendapati bahawa pertunjukan bunga api dalam konsert itu telah menyebabkan kebakaran selepas terkena bahagian siling yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar. – AFP
