Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    59 militan ditahan di Indonesia

    JAKARTA, 31 OKT – Polis mencegah keganasan Indonesia telah menahan puluhan militan dari kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Kumpulan IS disyaki komplot menyasarkan pilihan raya presiden tahun depan, kata seorang pegawai hari ini.

    Polis menahan 59 orang suspek militan pada awal Oktober dan merampas senjata, bahan propaganda dan bahan kimia membuat bom, kata jurucakap unit mencegah keganasan Indonesia, Densus 88.

    Seramai 40 orang suspek yang ditahan dari Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang mempunyai kaitkan dengan Kumpulan IS merancang serangan semasa pilihan raya presiden yang akan diadakan pada Februari, kata jurucakap Aswin Siregar pada sidang media di ibu kota Jakarta hari ini.

    “Bagi mereka, pilihan raya adalah sebahagian daripada demokrasi, di mana demokrasi adalah tidak bermoral. Demokrasi adalah sesuatu yang melanggar undang-undang bagi mereka,” katanya.

    Manakala 19 orang lagi suspek dikaitkan dengan rangkaian Jemaah Islamiyah, yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, kata Siregar.

    “Saya rasa ini memberi amaran kepada mereka bahawa Densus 88 tidak akan bertolak ansur dengan sedikit pun ancaman terhadap keselamatan negara kita, terutama dalam situasi menjelang pilihan raya,” tambahnya.

    Jemaah Islamiyah menjadi dalang dalam insiden pengeboman Bali pada 2002 yang memusnahkan sebuah kelab malam dan bar di pulau peranginan Indonesia itu, mengorbankan 202 orang termasuk 88 warga Australia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...