Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    59 pelajar UNISSA terima Anugerah Dekan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Seramai 59 orang pelajar Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima Anugerah Dekan semasa Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Majlis Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) Sesi 2023/2024 serta Pelantikan Ahli Jawatankuasa BadrU Sesi 2024/2025, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA, Profesor Dato’ Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti.

    Turut hadir ialah 139 warga UNISSA termasuk tenaga akademik dan kakitangan sokongan dan pelajar-pelajar Fakulti Usuluddin.

    Penerima Anugerah Dekan tersebut adalah para pelajar Fakulti Usuluddin yang memperolehi keputusan cemerlang dalam mata pelajaran mereka bagi Semester 1 dan 2 sesi akademik 2023/2024.

    Majlis tersebut bertujuan sebagai penghargaan atas kecemerlangan para pelajar dan sempena pelantikan ahli Jawatankuasa BadrU baharu sesi 2024/2025.

    Profesor Dato’ Dr Fakhruddin bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Unit Keugamaan dan Kerohanian, Badan Pelajar Usuluddin, Mon’am Mubarak bin Haji Saharuddin.

    Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Tausiyat oleh tetamu kehormat majlis dan Presiden Badan Pelajar Usuluddin Sesi 2023/2024.

    Setelah itu, majlis dilanjutkan lagi dengan penyampaian sijil anugerah dekan dan tayangan video.

    Acara terakhir dalam majlis tersebut ialah pembubaran ahli Jawatankuasa BadrU Sesi 2023/2024 dan diikuti dengan pengumuman pelantikan ahli Jawatankuasa BadrU bagi Sesi 2024/2025.

    Program tersebut berakhir dengan bacaan Doa Kesyukuran, Tasbih Kafarah dan bacaan Surah Al-‘Asr sekali gus dengan sesi bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda