Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    59 pendatang tanpa izin didakwa masuk Malaysia secara haram

    TELUK INTAN, 8 JAN – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah dan tamat tempoh pas lawatan.

    Kesemua 40 lelaki dan 19 wanita yang merupakan warga Indonesia dan warga Nepal mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

    Mengikut kertas pertuduhan, 33 daripada mereka pada 10:30 pagi, 28 Disember lepas di kebun sawit tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Tiang Baroh, Hilir Perak sebagai seorang yang bukan merupakan warganegara Malaysia didapati telah memasuki Malaysia tanpa pas yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

    Kesemua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama dan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh juga disebat tidak lebih enam sebatan.

    Sementara itu, 26 lagi tertuduh pada 6:30 pagi, tarikh sama di kebun sawit lorong 1, Jalan Ban Persisiran Laut Bagan Sungai Tiang, Selekoh, Hilir Perak didakwa telah tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah lawatan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda