Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    59 peserta sertai Kejohanan ATF B14 2025

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Seramai 40 peserta lelaki dan 19 perempuan sedang bertanding dalam Kejohanan Persekutuan Tenis Asia (ATF) Bawah 14 Tahun (B14) 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Brunei Darussalam (BDTA) dari 17 hingga 21 November.
     
    Diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan, kejohanan itu merupakan sebahagian daripada jadual Jelajah Remaja ATF 2025 dan acara ini mengalu-alukan kembalinya kejohanan yang diiktiraf ATF untuk remaja di gelanggang remaja ATF. Acara tersebut akan menampilkan remaja tenis tempatan dan asing ke Brunei Darussalam.
     
    Hadir menyaksikan sekali gus mendorong meningkatkan semangat pemain tenis tempatan ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.
     
    Turut hadir, Naib Presiden BDTA, Pengiran Haji Sufferizal bin Pengiran Haji Murzuki.
     
    Kejohanan ATF B14 diadakan secara berkala sepanjang tahun di seluruh Asia, biasanya dianjurkan dalam beberapa siri pusingan yang dianjurkan oleh negara yang berbeza bagi membolehkan pemain muda memperoleh mata ranking dan pendedahan antarabangsa secara bulanan atau bermusim.
     
    Kejohanan tersebut merupakan pertandingan junior serantau yang diiktiraf oleh ATF, bertujuan untuk mengasah bakat pemain muda di seluruh Asia melalui pengalaman perlawanan antarabangsa peringkat tinggi dan peluang ranking.
     
    BDTA sebagai ahli Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan ATF terus menganjurkan kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.
     
    Pengiran Haji Mohd Hasnan dan Pengiran Haji Sufferizal bergambar ramai bersama pemain tenis muda yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda