Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Sebuah lagi karya perfileman hasil sentuhan dua anak tempatan berjudul ‘Seperti Bayu Yang Bertiup Dingin’ telah dilancarkan dan ditayangkan buat julung kalinya dalam acara malam tayangan awal filem tersebut di Aman Hills Cineplex, Aman Hills Shopping Complex, baru-baru ini.
Filem berkenaan adalah hasil terbitan Vertex Visuals Films, AR. Capture Production dan Showtime Creative Entertainment daripada inisiatif AITI melalui program Pitch and Produce 3.0 dan disokong oleh Progresif Media dan Soto Pabo.
Lebih 90 orang telah hadir memeriahkan acara malam tayangan awal berkenaan termasuklah para barisan artis tempatan, para pegawai dari AITI dan Progresif Media, pelakon dan kru filem tersebut di samping sokongan daripada golongan ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

