Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    5G dilancar di AS tanpa impak penerbangan

    NEW YORK, 20 JAN – Syarikat gergasi telekom, AT&T dan Verizon memulakan perkhidmatan 5G di Amerika Syarikat kelmarin tanpa gangguan besar terhadap penerbangan selepas pelancaran teknologi wayarles itu dikurangkan.

    Firma-firma menghabiskan puluhan bilion dolar untuk memperoleh lesen 5G, namun kumpulan industri penerbangan telah menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan gangguan pada altimeter radio pesawat udara, yang boleh beroperasi pada frekuensi sama dan sangat penting semasa pendaratan pada waktu malam atau dalam cuaca buruk.

    Kedua-duanya AT&T dan Verizon minggu ini bersetuju untuk mengurangkan pelancaran 5G dekat lapangan terbang susulan bantahan kuat daripada syarikat penerbangan AS, yang telah memberi amaran bahawa pelancaran itu boleh menyebabkan gangguan besar-besaran.

    Meskipun langkah pengurangan itu, sejumlah besar syarikat pengangkutan antarabangsa telah membatalkan penerbangan ke AS dari jadual mereka kelmarin, namun tidak ada pembatalan besar-besaran dengan beberapa syarikat merancang untuk menyambung semula perkhidmatan keesokan harinya.

    Menjelang awal pagi ini, sebanyak 473 penerbangan dari lapangan terbangan AS telah dibatalkan, menurut laman web penjejakan FlightAware, menurun dari minggu lalu apabila tidak ada gangguan besar.

    Syarikat penerbangan membatalkan penerbangan kelmarin termasuk Air India, ANA dan Japan Airlines, walaupun ketiga-tiganya berkata mereka akan menyambung semula perjalanan pada keesokan harinya.

    “Penerbangan kami dari Delhi ke JFK telah berlepas pagi ini jam 7 pagi,” kata jurucakap Air India, menambah yang ia juga akan mengoperasikan penerbangan ke San Francisco dan Chicago.

    ANA dan Japan Airlines juga mengatakan mereka akan menyambung semula perkhidmatan hari ini selepas mendapat jaminan daripada pengawal selia di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Washington (FAA). – AFP

    Menara selular didirikan di Lapangan Terbang Los Angeles, California pada 19 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...