Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 ahli keluarga dibunuh termasuk kanak-kanak di Mexico

    CELAYA, 11 JUN – Seorang anak damit dan seorang kanak-kanak kecil adalah antara enam ahli keluarga yang sama yang dibunuh di negeri Mexico berkaitan geng pengganas, kata seorang pegawai tempatan, kelmarin.

    Penyerang bersenjata menceroboh sebuah rumah di bandar Leon di Guanajuato pada malam Ahad dan melepaskan tembakan ke arah keluarga itu.

    “Malangnya dua kanak-kanak dan empat wanita meninggal dunia,” kata gabenor negeri Diego, Sinhue Rodriguez kepada pemberita.

    Dua lelaki terselamat kerana melihat penyerang datang dan bersembunyi di atas bumbung, katanya.

    Guanajuato ialah salah satu negeri paling ganas di Mexico akibat peperangan antara kartel saingan yang terlibat dalam pengedaran dadah, pencurian bahan api dan jenayah lain.

    Mexico telah merekodkan lebih 450,000 pembunuhan sejak 2006, apabila kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi pengedaran dadah, kebanyakannya dipersalahkan kepada kumpulan jenayah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda