Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Enam buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Meragang menerima sumbangan derma dari Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF) hari ini.
Penyerahan sumbangan derma berupa bekalan makanan asasi, juadah berbuka puasa dan barangan bagi persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat.
Sumbangan berkenaan adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) BILIF iaitu BILIFinSharing yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BILIF dalam membantu masyarakat pada bulan Ramadan ini.
Selain itu, ia juga diharap memberikan sokongan kepada keluarga berkenaan dalam mengerjakan ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
BILIF, sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi industri kewangan di negara ini sentiasa giat menjalankan misinya untuk membangunkan pemimpin, pakar dan pemacu inovasi masa depan terutama dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan melalui program dan acara bertaraf antarabangsa.



