Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 hospital paling menakutkan di dunia

    HOSPITAL memang terkenal dengan kisah-kisah seram sama ada berkaitan dengan entiti ataupun melibatkan kes-kes maut yang sangat tragis berlaku di hospital itu sendiri. Di sebalik setaip hospital punya cerita tersendiri. Berikut adalah enam hospital yang terkenal dengan kisah-kisah seram yang ada di seluruh dunia;

    1-Severall, Britain

    Hospital Severall di Britain ini juga dikenali kerana kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit mental seperti lobotomi frontal dan terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990-an. Namun tidak bagi pemburu hantu, mereka menjadikan lokasi ini untuk menjejak cerita mistik. Tambahan pula, di Britain tersebar khabar angin bahawa ramai yang sering mendengar suara menyayat hati misteri di bilik mayat hospiatal ini.

    2-Ararat Lunatic, Australia

    Semasa dibuka pada 1867, hospital sakit jiwa ini diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun hospital ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 beroperasi, 13 ribu pesakit meninggal dunia. Maka tak hairan muncul kisah-kisah seram di sana.

    Ararat Lunatic, Australia ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya.
    Severall, Britain.
    Sai Ying Pun Psychiatry, Hong Kong ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892.

    3-Sai Ying Pun Psychiatry, Hong Kong

    Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Tempat ini diberi gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tinggal jururawat sehingga Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang untuk mereka menyeksa orang-orang yang tidak bersalah. Cerita mengenai suara wanita menangis, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi bualan penduduk tempatan.

    4-Athens Mental, Amerika Syarikat

    Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan penemuan 1,900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sehingga hari ini.

    5-Hospital Lama Changi, Singapura

    Dibina pada 1935, hospital lama Changi menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara dan ruang penyeksaan oleh tentera Jepun. Pada 1997, hospital ini berhenti operasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktiviti supernatural di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara mahupun objek misteri.

    6-Tranquille Sanatorium, Kanada

    Tranquille Sanatorium terletak berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya dijadikan hospital pada 1907. Namun ia ditutup pada 1950-an. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda