Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Empat warga negara asing dan dua warga negara tempatan telah dikenakan denda kompaun masing-masing sebanyak $100 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30)semasa Ops Bersih dijalankan baru-baru ini di kawasan Pantai Jerudong.
Manakala di operasi yang berasingan turut mengeluarkan dua denda kompaun sebanyak $1,000 kepada sebuah syarikat di Kampung Lupak Luas, Mukim Lumapas dan sebuah syarikat lagi di Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong kerana didapati melonggokkan sampah di tempat yang menyalahi undang-undang.
Jika gagal melunaskan denda, kesalahan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu dan tidak melebihi $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Pihak Jabatan ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581.
Semua di atas: Antara individu dan kesalahan yang dikompaun.
Semua di atas: Antara kesalahan pada premis syarikat yang dikompaun. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDBM