CHANGSHA, 2 April – Enam kes baru jangkitan H7N9 telah dilaporkan dari 24-30 Mac di wilayah Hunan, tengah China, menurut pihak berkuasa kesihatan hari ini.
Seorang meninggal dunia akibat jangkitan itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat wilayah bagi pencegahan dan kawalan penyakit.
Menurutnya cuaca sejuk dan hujan di kebanyakan rantau wilayah itu menyumbang kepada penularan virus itu. Dagangan ayam dan itik hidup dihentikan sementara di bandar wilayah Changsha sejak 17 Mac. Penghentian sementara itu akan berjalan selama 21 hari. Pakar-pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak terdedah kepada ayam dan itik hidup. – Xinhua