Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 juta pil captagon disita

    BAGHDAD, 1 MEI – Anggota keselamatan Iraq berkata semalam mereka telah menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dan menyita lebih enam juta pil perangsang amphetamine Captagon, serta melakukan beberapa tangkapan.

    Negara jiran Iraq, Syria adalah pengeluar captagon utama Timur Tengah, dan jirannya di selatan Arab Saudi pengguna utama.

    Tentera Iraq merampas ‘kira-kira 6.2 juta pil’ daripada sebuah gudang di barat daya ibu negara, kata agensi keselamatan negara dalam satu kenyataan, menambah dadah dijangka diedarkan ‘di kawasan Baghdad dan wilayah lain.’ Tiga warga Iraq dan empat suspek dari negara Arab lain telah ditahan berhubung dengan rangkaian penyeludupan itu, tambahnya.

    Menurut kenyataan, anggota ke-selamatan menumpas sindiket dadah kedua selepas seorang rakyat Arab ditahan ‘kerana memiliki enam kilogram hashish’, sementara dua rakan subahat turut ditahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda