Monday, April 14, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 kanak-kanak di ICU akibat jangkitan E. coli

    RIGA, 8 APRIL – Wabak E. coli di Latvia telah menjangkiti puluhan orang dan majoritinya kanak-kanak, dengan enam kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Klinikal Kanak-Kanak, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua kelmarin.

    Sejak wabak itu bermula, 30 kanak-kanak telah dimasukkan ke Hospital Universiti Klinikal Kanak-kanak, 14 daripadanya telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, menurut agensi berita LETA yang memetik wakil daripada pihak hospital.

    Secara keseluruhannya, sebanyak 57 kes E. coli telah disahkan di negara itu, termasuk tujuh kes yang melibatkan orang dewasa.

    Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) berkata pihaknya sedang menyiasat pelbagai kemungkinan punca wabak itu.

    Pakar epidemiologi bekerjasama rapat dengan sekolah dan prasekolah yang terjejas serta pengamal perubatan am dalam memantau simptom usus yang serius.

    Penemuan awal menunjukkan sekurang-kurangnya dua punca jangkitan tersebut.

    Kementerian Kesihatan melaporkan penjujukan sampel pesakit menunjukkan terdapat pelbagai jenis bakteria daripada sumber yang berbeza.

    CDC juga sedang berkoordinasi dengan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah

    (ECDC) bagi memberi panduan berhubung dengan langkah bagi mengawal penularan penyakit.

    Menurut pakar, jangkitan tersebut dipercayai bermula di sebuah institusi pendidikan dan setakat ini, tiada petunjuk jangkitan telah merebak di luar lingkungan tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda