Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut, 4 hilang dalam tanah runtuh Nepal

    KATHMANDU, 25 OGOS – Tiga rumah hanyut akibat tanah runtuh di tengah Nepal awal pagi hari ini, menyebabkan enam orang maut dan empat lagi hilang.

    Seorang lagi cedera dalam bencana yang dicetuskan oleh hujan lebat selama berjam-jam di Perbandaran Luar Bandar Shailung, daerah Ramechhap pada kira-kira 3 pagi waktu tempatan.

    “Pasukan kami sedang mencari orang yang hilang,” kata Kaushal Neupane, jurucakap polis daerah, kepada Xinhua.

    Sebuah jambatan merentasi sungai tempatan dihanyutkan banjir, menyukarkan perjalanan ke bahagian lain di daerah itu, katanya.

    Bencana berkaitan hujan monsun telah menyebabkan 195 orang terbunuh, 247 cedera dan 49 yang lain hilang setakat Jumaat, menurut Polis Nepal. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda