KABUL, 30 MEI – Sebutir bom mortar yang ditembakkan oleh Taliban telah meletupkan majlis perkahwinan di wilayah utara bandar Afghan, membunuh enam orang termasuk wanita dan kanak-kanak, kata pegawai hari ini.
Insiden berlaku lewat kelmarin di wilayah Kapisa apabila bom yang ditujukan ke arah pusat pemeriksaan tentera mendarat ke sebuah rumah tempat orang berkumpul bagi majlis perkahwinan, kata para pegawai.
“Enam orang awam terkorban manakala empat cedera apabila roket Taliban itu tersasar ke majlis perkahwinan di wilayah Kapisa,” kata jurucakap kementerian pertahanan, Fawad Aman dalam Twitter.
Hari ini, kementerian dalam negeri turut menuduh Taliban atas pembunuhan hampir 250 orang awam dan mencederakan lebih 500 dalam letupan bom tepi jalan semasa serangan lain beberapa bulan lalu. – AFP