Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    6 maut daki gunung Klyuchevskaya

    VLADIVOSTOK, 4 SEPT – Enam orang maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka Rusia pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.

    Menurut laporan TASS, sekumpulan 10 pelancong Rusia dan dua pemandu pelancong memulakan misi mendaki gunung itu pada Selasa.

    Pada Sabtu, sembilan daripada pendaki berkenaan mula mendaki Klyuchevskaya Sopka manakala yang selebihnya berada di kem yang terletak pada ketinggian 3,300 meter.

    Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika berada pada ketinggian kira-kira 4,150 meter. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...