Saturday, December 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut dalam kebakaran rumah persaraan

    AMMAN, 13 DIS – Kebakaran di rumah persaraan di ibu negara Jordan Amman mengorbankan enam orang dan mencederakan 60 yang lain, lima daripadanya parah, lapor media kerajaan, hari ini.

    Kebakaran berlaku di tingkat satu rumah persaraan swasta tersebut hari ini, kata Menteri Pembangunan Sosial, Wafa Bani Mustafa kepada agensi berita rasmi Petra.

    Api merebak di kawasan seluas 80 meter persegi di pusat White Beds Society (Al-Asirra Al-Baydaa), yang menempatkan 111 penduduk, tambahnya.

    Semua orang selamat dipindahkan, kata menteri itu, menambah siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda