Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut di balai polis Afrika Selatan

    PORT ELIZABETH, Afrika Selatan, 21 Feb – Kumpulan bersenjata menyerbu masuk sebuah balai polis di luar bandar Afrika Selatan hari ini dan mencuri senjata api dalam satu serangan yang menyebabkan lima anggota polis dan seorang tentera maut, menurut jurucakap polis setempat.

    Pencuri itu memasuki balai polis di kawasan selatan kampung Engcobo sejurus selepas tengah malam, melepaskan tembakan ke arah polis dan menculik dua yang lain, yang kemudiannya ditembak mati, kata jurucakap polis, Vish Naidoo.

    “Pada waktu awal pagi tadi, enam orang terbunuh apabila perompak menye-rang stesen polis Engcobo,” kata Naidoo kepada AFP.

    “Lima daripada enam orang itu adalah anggota polis yang bertugas. Tiga anggota polis terbunuh di balai polis apabila perompak menyerang stesen itu dan secara rambang melepaskan tembakan ke atas mereka.”

    Naidoo berkata perompak itu lengkap dengan senjata api dan membawa dua anggota ke dalam kereta polis. Mayat kedua-duanya kemudiannya ditemui di tepi jalan.

    Penyerang itu juga menembak dan membunuh seorang askar ketika mereka melarikan diri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda