Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut kebakaran di kilang India

    HYDERABAD, 14 APRIL – Kebakaran tercetus di sebuah kilang farmaseutikal akibat letupan di selatan India, meragut enam nyawa pekerja syif malam dan 13 lagi melecur, kata polis hari ini.

    Kebakaran tercetus akibat reaktor kimia monomer nitrik asid yang bocor – digunakan untuk pembuatan beberapa polimer – yang mengakibatkan letupan pada malam kelmarin,” kata pegawai polis, Rahul Dev Sharma.

    Lima pekerja mati di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia akibat mengalami lecur 80 peratus di tubuhnya,” kata Sharma.

    Punca kebocoran masih disiasat, katanya.

    Reaktor kimia rosak teruk, namun anggota bomba berjaya menyelamat bahagian lain kilang daripada musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, kata Sharma.

    Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan yang cedera segera sembuh, menurutnya dalam ciapan di Twitter. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda