Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut kebakaran gudang minyak wangi

    ANKARA, 9 NOV – Enam orang termasuk dua remaja maut dalam kebakaran di sebuah gudang minyak wangi di barat laut Turkiye kelmarin.

    Lima individu turut cedera, seorang daripadanya dilaporkan parah, manakala pemilik gudang berkenaan antara tiga yang ditahan susulan insiden itu, kata pegawai. Gabenor Wilayah Kocaeli, Ilhami Aktas, berkata kebakaran berlaku kira-kira jam 9 pagi di Dilovasi, kira-kira 70 kilometer dari Istanbul.

    Beliau memberitahu saluran penyiaran awam TRT Haber, pasukan bomba serta anggota perkhidmatan kecemasan berjaya mengawal kebakaran dalam masa singkat. “Enam warga kita malangnya telah kehilangan nyawa,” katanya. Daripada lima mangsa yang cedera, seorang berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda