OVIEDO, 1 OKT – Sekurang-kurangnya enam terkorban dalam kebakaran di sebuah kelab malam di bandar Murcia, Sepanyol hari ini.
Perkhidmatan kecemasan tempatan berkata kebakaran itu berlaku di kelab malam Teatre, sebuah kelab malam yang popular di bandar tenggara Sepanyol pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan api, lapor agensi Anadolu.
Enam mayat ditemukan dan lebih ramai mangsa dijangka dijumpai memandangkan ketika kejadian kelab itu sesak dengan pengunjung. Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kebakaran. – Bernama